Mana boleh indah selalu.
Aug 15, 2011
2:53 PM ♥
Hai, aku kembali. Masih lagi dengan hati yang terluka ni. Hihi sedih kan? Alolo jangan sedih sayang. Kawan-kawan kan ada.
Kawan. Aku ulang untuk kawan. Semuanya sebab kawan. Aku maksudkan kawan yang lain. Lebih snstif. Bukan kawan yang selalu ada hari hari untuk aku. Aku tak faham. Ya Tuhan, kenapa kau bagi aku hubungan yang complicated ni? Hubungan yang ceritanya agak rumit dan untuk hari hari yang akan datang mungkin sekali jadi lebih rumit dan payah untuk aku terangkan bagaimana hal rumit yang sedang aku alami. Hai Kawan, aku tahu kau sedia erti yang aku memang sayangkan kau. Tidak lebih dari segalanya tapi cukup untuk buat aku sememangnya tak mahu lepaskan kau. Tapi kita kawan. Aku tahu. Aku fikir, bagusnya aku jika tak bertemu dengan kau. Tak bergurau senda dengan kau hingga aku terjebak dalam cerita ni. Aku tak tahu macam mana lagi aku nak simpan perasaan ni.
Aku rasa aku patut berhenti jadi watak sedih dalam cerita ni. Aku penat. Enough kan Kawan? :') Aku tahu kau bahagia dengan buah hati kau. Dengan orang lain dan bukan aku yang patut ada. Aku keruhkan keadaan. Aku cuma mahu jaga hati kaum sejenis aku. Hai Hawa, maafkan aku. Aku sudah cukup disini. Tak perlu kau risau melebih akan Kawan. Aku percaya, dia yang terbaik untuk kau. Heh. Bagusnya aku memberi kata semangat kepada org lain sedangkan aku sendiri perlukan kata kata ajaib itu. Tak apa. Ini untuk kebahagiaan kau :D
Aku dah cukup. Rasa sayang ni harus aku hentikan dengan segera. Tak mungkin berterusan untuk menyakitkan hati aku. Sampai bila? Sampai aku mampus? Sampai aku jumpa yang terbaik? Lamanya! Aku tahu kau tak pernah minta semua ni. Ini soal hati. Perasaan. Aku tahu tak boleh paksa. Tapi sedih kan? Aku takut terlalu mengharap. Dan semua tu takkan ada penghujungnya. Oh tak! Mungkin ada. Penghujung yang sedih kot? Siapa tahu kan. Aku hanya buat tekaan.
Dissapointed comes from Hoping :')
Till then, Yonna.
♥ 0 comments
♡ 


