Peluang kedua berakhir.
Sep 9, 2011
5:26 PM ♥
Akhirnya. Cerita yang kononnya mahu diteruskan sampai ke akhir nafas, terputus ditengah jalan disebabkan kesilapan aku sendiri. Pengakuan yang dibuat ini, bukan untuk sesiapa. Untuk aku, untuk dibuat pengajaran. Dulu, peluang pertama diberi. Tak sempat aku gapai. Kini peluang kedua didepan mata, aku abaikan. Lalainya aku.
Bukan sengaja. Itu yang ingin aku tegaskan. Maafkan aku sayang. Aku tahu apa yang sedang kau baca ini, sikitpun tidak akan mencuri tempat kasih dihati kau. Tapi aku jujur yang semua ini datang dari hati aku sendiri. Aku mahu kau tahu apa yang sedang aku rasa. Sakit apa yang sedang aku lalui untuk aku cuba dan terus mencuba menyemai apa yang kau perlu.
Bukannya aku tak mahu teruskan hubungan kita. Aku cuma pinta kita jalin hubungan yang tidak serius. Mahu hati kau nanti aku sakiti? Tentu tidak kan? Aku cuma pentingkan hati kau. Hati yang telah lama aku cuba untuk jaga. Kau beri aku si biru comel. Gelarkan dia Kiekie. Sumpah aku sayang aku suka. Tapi bila aku pulang, kau kata kau buang. Jenuh aku cari kesana kesini. Nekad hati mencari, aku jumpa kehampaan. Apa yang aku cari tak ketemu. Aku cari dengan sedu sedu. Mujur ada kawan baik teman mencari. Hai kawan, maafkan aku kerna menyusahkan malam begini.
Hasrat tak kesampaian, aku balik ke bilik dan meneruskan sedusedan aku. Mata..Aku sakitkan kau lagi. Teruknya aku. Lagi itu, aku terus text kau dan tanyakan mana kau humban Kiekie, kau tak reply. Kata kau Kiekie si pembawa sial. Kata aku Kiekie si pembawa kasih. Oh sudahlah, ini semua dah berakhir. Aku mahu kau jaga diri makan minum dan semuanya. Maaf atas kesilapan yang telah aku lakukan. Maaf Baby :')
#Sekarang, jam menunjukkan pukul 5.20pm. Saat aku menulis entri ni dan aku save dlm draft, jam menunjukkan pukul 5.45am. Dan tadi pukul 4.45pm aku lihat, Kiekie ada dengan kau. Ya tuhan. Berderai lagi. Takpelah, asalakan Kiekie dengan kau. Itu sudah cukup. Aku tahu kau marah. Moga kau mengerti apa yang aku sampaikan ini. Moga kau sihat dunia dan akhirat. Aku sentiasa mendoakan agar kau bahagia lebih dari aku kerana aku sendiri akan turut bahagia dengan kebahagiaan kau.
Saat ini, aku buat kali terakhirnya ingin katakan bahawa aku tak pernah tipu dalam katakata sayang aku pada kau dan hingga kini. Aku tetap sayang akan diri kau. Kau lah pengkid aku dunia akhirat. Kau lah baby aku dunia akhirat.
Jumpa lagi Ryry.
With hopes, Yonna.
♥ 0 comments
♡ 


