Welcome to my blog | Dashboard | +Follow
Yonna'h

I Will Always Love You - WH

Oct 8, 2011 6:33 PM


Hi.

Kembali lagi. Kembali dengan satu penghargaan buat yang tersayang. Aku tahu, bukan aku seorang saja punya orang-orang yang amat penting untuk meneruskan kehidupan ini. Aku juga percaya, aku atau sesiapa pun tak mampu hidup dengan selesanya jika kita tidak mempunyai orang tersayang dalam diari kehidupan.

"Kebahagiaan disekeliling kita"

Lihat di sekeliling kau. Aku tahu mesti ada salah seorang dalam sejuta orang di sekeliling kau memifikirkan akan keadaan kau dan sebagainya.

Kenali mereka yang terpenting kini....


Meet my dearest family. Selesai menikmati hidangan tengah hari di JM Briani. Tempat mereka tinggi dalam hati aku. Takkan pernah jatuh tingkatnya.


Hai Bitches. Ini dia kawan sejati. Kawan terhebat pernah aku ada. Kawan segalanya bagi aku walaupun semua nya dah jauh. Jarang jumpa dan aku sedang tahan rindu aku semampu mungkin. Aku tahu ini lumrah berkawan. Masing-masing sudah besar, ada 'kerjaya' sendiri. Jangan risau, tak jumpa tak makna aku lupakan kau Bitches. Aku faham. Ini perjalanan untuk melalui kehidupan dalam persahabatan.


Yang ini buah hati pengarang jantung. Mahyr dan Eyka. Hi kawan, jangan kita gaduh satu hari nanti. Jangan kita bermasam muka tentang apa sekalipun. Penat kita pupuk rasa kawan ni kan? :) Mari kita hargai bersama. Ya? Teman aku tiap masa. Gelak dan jerit tiap masa. Aku tak pernah kisah. Tegur jika salah, itu namanya kawan.


Ini radio bergerak aku. Siang malam memekak. Tapi tu dulu. Aku jarang dengar bisingnya sekarang. Haih kalau dulu, suaranya aja boleh dengar dari pintu masuk hostel #Aku tipu. Tapi sekarang, mahu dengar dia menjerit pun susah. Alah dunia. Mengapa sempitnya kau hingga aku tak mampu dengar lantangnya suara Era :') Aku rindu nak tidur dengan kau. Ingat malam kita gelakkan Mahyr? Saat itu aku rasa macam Ya Tuhan, terima kasih kerana izinkan aku bergelak ketawa dengan budak ni. Haha its been more funny when wake up and see your face sleep beside me XD


From left, Fatin and Ana. Fatin ni pelahap. Makan je tahu haha. Pantang ada makanan itu makanan ini, memang perut dia luar biasa lah aku kata. Dulu dia kurus jea. Takdenya berisi mcm ni. Tapi sekarangg, amboi berisinya mek kelate ni. Oh Ana dgn Fatin ni org kelantan :) Ana. Yieh she's my second mother. Haha semuanya dia yg handle if bersepah ke bilik tu kan. Kalau malam-malam, aku mesti "Ana, kita nak susu boleh tolong buatkan?" Yaiyaiyai Ana mesti tolong buatkan. Manis gila XD Nasib sedap kan Ana haha. Ana sekarang pandai dah marah-marah haha. Kalau tak dulu senyap je kan hihi. Ana ingat tak masa kita bertiga je dengan Era tidur dalam bilik? Haha kelakar. #Rindu masa tu :')


Hi keding. Tahu kan Yon sayang Liya :) Hari-hari pegi class sama-sama dengan Liya. Hari-hari mengumpat orang masa nak pergi class kan Liya. Selalu sangat lambat pegi class sebab Yon. Kesian Liya haha. Liya kena cakap I Love You kat Yon hari-hari sebab mimik muka Liya kelakar gila masa cakap that word :D 


Classmate :D Farah and Fattin. Lina takde dalam gmbar sebab that time dia tak dtg. Tak sihat :( Hari-hari dalam class duduk sama-sama kan. Pokpek sana pokpek sini dengan Yon kan. Melantak kat medan sama-sama semua kan. Haha Yon dengar orang kata, naik Sem2 class semua pecah. Mcm mana ni? Boringlah nanti :(


Guys, you're very owesome k! Thanks for everything that we've done together tau. 

Akhir kata. Sungguh. Aku takkan mampu hidup dengan bahagia tanpa adanya mereka disisi aku.

0 comments